Arthur Evans
Rencana ini berkenaan the British archaeologist. Untuk orang lain yang bernama Arthur Evans, lihat Arthur Evans (nyahkekaburan).
Arthur Evans | |
---|---|
Kelahiran | 8 July 1851 |
Meninggal dunia | 11 Julai 1941 | (umur 90)
Warganegara | United Kingdom |
Pusat pendidikan | Universiti Oxford |
Terkenal kerana | Knossos |
Anugerah | Fellow of the Royal Society[1] |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Archaeologi |
Sir Arthur John Evans FRS[1] (8 July 1851 – 11 July 1941) merupakan pakar arkheologi British yang paling terkenal kerana membongkar istana di Knossos di kepulauan Greek di Crete dan bagi mengembangkan konsep Tamadun Minoan dari struktur dan artifek yang dijumpai di sana dan di tempat lain sepanjang Mediterranean timur. Evans merupakan orang pertama mentakrifkan skrip Cretan Linear A dan Linear B, dan juga tulisan pictografik lebih awal.
Bersama Heinrich Schliemann, Evans merupakan perintis mengenai kajian Tamadun Aegean dalam Zaman Gangsa. Kedua lelaki mengenali sesama sendiri dan Evans melawat tapak Schliemann. Schliemann telah bercadang untuk membuat carigali di Knossos, tetapi meninggal sebelum sempat memenuhi impiannya. Evans kemudiannya membeli tapak tersebut dan bertindak mengambil alih projek yang ketika itu masih di peringkat awal. Dia menyambung konsep Schliemann mengenai Tamadun Mycenaean tetapi kemudiannya mendapati bahawa dia perlu membezakannya dengan konsepnya sendiri - Minoan.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Latar belakang keluarga
[sunting | sunting sumber]Arthur Evans dilahirkan di Kilang Nash, England, anak pertama kepada John Evans dan Harriet Ann Dickinson. John Evans datang dari keluarga mereka yang berpendidikan dan aktif intelektual; bapanya, datuk Arthur, merupakan pengetua Sekolah Tatabahasa ("Grammar School") Market Bosworth. John memahami Latin dan mampu memetik sastera klasik. Pada tahun 1840, disebalik pergi ke kolej, dia mula bekerja di kilang kertas yang dimiliki bapa saudaranya sebelah ibu John Dickinson. Dia mengahwini sepupunya dan anak majikannya, Harriet, dan pada tahun 1851 dijadikan rakan kongsi penuh dalam perniagaan keluarga.[2] Keuntungan dari kilang akhirnya membantu cari-gali Arthur dan pemulihan di Knossos dan penerbitan yang terhasil.
John mengekalkan statusnya sebagai ketua pegawai di syarikat yang akhirnya menjadi "John Dickinson Stationery", tetapi turut menonjolkan dirinya sebagai pakar antik dan numistik, dan sebagai ahli geogologi dan arkheologi, menerbitkan kerja dengan topik tersebut. Dia merupakan ahli dan pegawai kepada banyak masyarakat terpelajar ("learned society"), termasuk "Fellow of the Royal Society"[1]. Dia memenangi Pingat Lyell dan pada tahun 1892 dianugerah knight oleh Ratu Victoria.
Skrip Minoa - Sumber abjad Phoenician
[sunting | sunting sumber]Evans menjumpai 3,000 kepingan tanah liat semasa carigali dan berusaha menterjemahkannya. Dari transkripsi adalah jelas kepingan tersebut memiliki lebih dari satu skrip tulisan. Evans meletak tarikh kepingan Chariot Linear A di Knossos sejurus sebelum malapetaka keruntuhan Tamadun Minoan pada awal abad ke-15 BC.[3]
Evans, pada tahun 1901 dalam karyanya Scripta Minoa, mendakwa[4] that most of the symbols for the Phoenician alphabet (abjad) are almost identical to the many centuries older, 19th century BC, Cretan hieroglyphs.
Asas mengenai perbincangan mengenai Abjad Phoenician dalam Scripta Minoa, Vol. 1 berlaku dalam seksyen Cretan Philistines and the Phoenician Alphabet, pages 77–94. Sarjana moden kini melihatkannya sebagai penerusan Abjad Proto-Canaanite dari ca. 1400 BC, disesuaikan bagi menulis bahasa Canaanite bahasa (Barat laut Semitik) . Abjad Phoenician berterusan menyambung abjad Proto-Canaanite, melalui kebiasaan digelar Phoenician dari pertengahan abad ke-11, di mana ia pertama kali dibuktikan dengan ukiran pada mata panah gangsa.[5]
Warisan
[sunting | sunting sumber]Evans dianugerah knight pada tahun 1911 bagi perkhidmatannya kepada arkheologi dan disambut kedua-dua di Knossos dan di Muzium Ashmolean, yang mempunyai himpunan terbesar artifek Minoan di luar Greece.
Pada tahun 1913 dia membayar £100 bagi menganda jumlah yang di bayar dengan bisiswa sempena ingatan Augustus Wollaston Franks, menubuhkan bersama dengan Universiti London dan Masyarakat Antik London, yang pada tahun itu dimenangi oleh Mortimer Wheeler.
Dari tahun 1894 sehingga kematiannya Evans tinggal di Boars Hill, Berkshire (kini Oxfordshire), berhampiran Oxford. Rumahnya, Youlbury, kini telah diruntuhkan. Dia membina Timbunan Jarn dan taman liar sekelilingnya di bina semasa Zaman Kemelesetan di United Kingdom bagi memberi kerja bagi buruh yang tiada kerja. Evans meninggalkan sebahagian dari harta tanahnya kepada Persatuan Pengakap dan Pusat Aktiviti Pengakap Youlbury yang masih ada bagi kegunaan mereka.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Evans, Arthur John (1876). Through Bosnia and the Herzegóvina on foot during the insurrection, August and September 1875; with an historical review of Bosnia and a glimpse at the Croats, Slavonians, and the ancient republic of Ragusa. London: Longmans, Greens and Co. Downloadable Google Books.
- Evans, Arthur John (1901). The Mycenaean Pillar Cult and its Mediterranean Relations with Illustrations from Recent Cretan Finds. London: MacMillan and Co. Limited. Downloadable Google Books.
- Evans, Arthur John (1921, 1928, 1930, 1935, 1936). The Palace of Minos: a comparative account of the successive stages of the early Cretan civilization as illustrated by the discoveries at Knossos. London: MacMillan and Co. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) Downloadable Ruprecht-Karls-Universität Heidelberg.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c doi:10.1098/rsbm.1941.0044
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ A.G. (December, 1908). "Sir John Evans, K.C.B., 1823-1908". Proceedings of the Royal Society. Royal Society of London. LXXX: l–lvi. Check date values in:
|date=
(bantuan) Downloadable Google Books. - ^ Hogan, C. Michael (2007) Knossos
- ^ Evans, A.J. (1909). "Scripta Minoa - Volume 1". Oxford: 87,89. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Markoe (2000), p. 111.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Cottrell, Leonard (1957). The Bull of Minos. An account of the archaeology of Crete for the general reader, with much information about Evans's work.
- Evans, A.J. (1901). Scripta Minoa - Volume 1.
- Evans, A.J. (1952). Scripta Minoa - Volume 2.
- Evans, A.J. (1933). Jarn Mound.
- Hogan, C. Michael (2007) Knossos, The Modern Antiquarian [1]
- Markoe, Glenn E.(2000). Phoenicians. University of California Press. ISBN 0-520-226135 (hardback).
- Powell, Dilys (1973). The Villa Ariadne. Originally published by Hodder & Stoughton, London.
- Ross, J. (1990). Chronicle of the 20th Century. Chronicle Australia Pty Ltd. ISBN 1872031803.
- MacGillivray, J Alexander (2001). Minotaur - Sir Arthur Evans and the Archaeology of the Minoan Myth. Published by Pimlico, a division of Random House. (Originally published by Jonathan Cape in 2000).
- Arthur Evans - Ancient Illyria: An Archaeological Exploration (Hardcover)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Karya ditulis oleh atau mengenai Arthur John Evans di Wikisource
- e-book The prehistoric tombs of Knossos (1906) by Sir Arthur Evans